BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 2, 2013

KEHIDUPAN

Salam Sejahtera kepada kawan-kawan sekalian. Dah lama rasa nya tak posting apa-apa ever since my last post. Kembali aktif (mungkin) ber"blogging". Takde apa sangat pun untuk di post kan cuma sedikit luahan hati naluri kecik ni. Well umur dah makin meningkat dan semakin menjadi matang (sangat lerr) so perjalanan pun mesti lah makin mencabar, right?

Apa yang nak di kupas kopek kat sini cabaran hidup tu kengkadang tak menentu, ada time tu susah, ada time susahhhh sangat, dan ada time tu susahhhhh TERAMAT sangat.... Kenapa eh? Pernah dengar tak orang tua selalu cakap tempuh (langgar) ajeee dugaan hidup ni, setiap yang berlaku ada hikmahnya. HIKMAH? ape tuu?? hikmah tu dia macam satu miracle yang setiap apa yang terjadi mesti ada benda yang baik/sebaliknya akan berlaku. Kita tak pernah sedar bila kita dalam kesusahan sebenarnya hikmah tu sendiri dah ada tanpa kita sedar. Sama ada kecik atau besar tu je kita tak tahu.

Kebiasaannya kita bila dalam kesusahan kita mesti merintih dan tak redha dengan apa yang jadi. Dan....akan bandingkan nasib diri kita dengan orang lain. Benda-benda macam tu sangat lah tidak bagus dari segi agama sebab kita tak redha dengan qada' dan qadar kemampuan kita yang dah ditetapkan siap-siap. Dan juga ada kebaikannya bila kita akan rasa nak berusaha dengan gigih untuk dapatkan apa yang kita nak (tapi kalau dah nama takdir tak dapat lah berbuat apa-apa).

Tapi di ingatkan kepada semua, orang yang berusaha lebih, dapat lah lebih tak kira cepat atau lambat. Tak salah kalau berusaha, dan seharusnya di ingatkan bahawa redha dan bersyukurlah dengan apa yang jadi dan terjadi.

Terima Kasih. Semoga Tuhan memberi kesejahteraan dan memberkati kita :)